comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 2 maut pokok tumbang atas kereta, mangsa dipercayai pelancong China

 

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Dua individu maut selepas pokok tumbang atas kereta dalam kejadian di Lebuh Gereja, di sini, petang tadi.

Kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pelancong dari China.

Mangsa dipercayai berada dalam kereta ketika pokok tumbang di atas kenderaan itu.

Seorang lagi mangsa yang turut berada dalam kenderaan, dipercayai warga tempatan difahamkan sempat menyelamatkan diri.

Bagaimanapun identiti dan kewarganegaraan mangsa belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Mayat dikeluarkan dari kenderaan kira-kira jam 5 petang tadi.

Media masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa di lokasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini