comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI]: Suami isteri cedera kereta jatuh gaung

HULU SELANGOR : Sepasang suami isteri cedera selepas kenderaan pelbagai guna MPV yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam sembilan meter di Bandar Utama Batang Kali, di sini, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di tangan dan kaki.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain,  mangsa lelaki dibawa keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba sampai manakala mangsa wanita dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan sebuah MPV Toyota Avanza dinaiki pasangan terbabit.

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa wanita berkenaan,” ujarnya.

Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu diterima pihaknya jam 7.36 pagi.

Loading...
Terkini