PRK KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor Dan Calon Pas, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menyantuni pengundi di Pusat mengundi.
Calon BN, Tan Sr Raja Mohd Affandi seawal 7 pagi memantau di beberapa pusat mengundi di sekitar Kijal dna Kemasik.
Manakala Calon Pas, Dato Seri Ahmad Samsuri tiba di perkarangan SK Kerteh untuk meninjau proses pengundi.
Beliau yang tiba pada jam 8.30 pagi terus menyantuni pengundi serta melawat khemah petugas parti kedua – dua pihak.
SK Kerteh terdapat seramai 2,844 pengundi berdaftar yang layak membuang undi dengan lima saluran dibuka bagi melancarkan proses pengundian.