comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua beranak maut nahas, kereta bertembung lori tangki

 

Oleh : Fazli Ahmad

ROMPIN: Dua beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan lori tangki di kilometer 145 Jalan Kuantan – Johor Bahru, dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa terbunuh ialah pemandu Perodua Myvi, Azirul Azeem Mazri, 30 dan anaknya Muhammad Adhwa, 10 bulan manakala isteri Azirul terselamat.

Foto ihsan bomba

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1:15 pagi tadi

Perodua Myvi dipandu Azirul dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi bertembung dengan lori tangki dari arah bertentangan.

Keadaan kereta PERODUA Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Rompin menyebabkan dua maut pagi tadi. Foto ihsan bomba

Katanya, ketika kejadian tiga sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan.

“Siasatan mendapati Perodua Myvi terbabit memasuki lorong kanan untuk memotong sebuah kenderaan bertembung dengan lori tangki datang dari arah bertentangan.” katanya menerusi kenyataan media sini hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu Azirul terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Rompin.

Menurutnya, pemandu lori tangki hanya cedera ringgan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin bergegas ke lokasi kejadian kejadian sebaik menerima laporan kira-kira jam 1:15 pagi tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Proses bedah mayat dua beranak terbabit akan dilakukan di Hospital Rompin selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperolehi.

Loading...
Terkini