comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua beradik maut rempuh roro, pemaju didenda RM1,000

Keadaan di lokasi kejadian. FOTO: IPD Melaka Tengah

AYER KEROH: Sebuah syarikat pemaju perumahan dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal memasang tanda amaran berhampiran tong sampah roro yang diletakkan di laluan kecemasan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa dua beradik.

Dalam kejadian Isnin lalu, perjalanan Muhammad Amirul Hazlin, 18 tahun dan adik bongsunya, Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5 tahun menziarahi pusara bapa berakhir tragedi, apabila mereka maut selepas motosikal dinaiki merempuh tong sampah roro.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Shadan Othman berkata, syarikat terbabit yang sedang menjalankan kerja-kerja mencantas dahan pokok sepatutnya meletakkan tanda amaran di kawasan jalan berhampiran tong roro berkenaan.

Siasatan MBMB mendapati, hanya ada satu kon dan tiada sebarang papan tanda amaran diletakkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini