SUNGAI PETANI: 16 kenderaan termasuk lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua buah bengkel di Taman Keladi, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.23 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani yang diketuai Muhamad Rahimi Abu Hasan bersama 11 anggota ke lokasi kejadian.
16 kenderaan termasuk lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua buah bengkel di Taman Keladi, Sungai Petani hari ini. pic.twitter.com/f09ZeYm5rx
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 26, 2024
“Api berjaya dikawal pada 5.45 pagi. Kebakaran menyebabkan 11 motosikal dan lima kereta musnah terbakar.
“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya seramai enam orang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Sungai Petani dan Bakar Arang.
Katanya, operasi tamat pada 6.36 pagi dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.