comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua anggota Unit Pemusnah Bom IPK Johor kini stabil

Dua anggota polis yang dilaporkan parah ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di Kluang Johor dilaporkan stabil – FOTO: Ihsan PDRM

KLUANG: Dua anggota polis yang dilaporkan parah ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini, kira-kira jam 3 petang semalam, dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini, untuk rawatan susulan.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan, mangsa pertama yang berumur 34 tahun disahkan mengalami patah tulang rusuk dan peha sebelah kiri manakala mangsa kedua berumur 39 tahun patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam media melaporkan rua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

Beliau berkata, pada jam 8.50 pagi, anggota Balai Polis Renggam menerima panggilan dari orang awam melaporkan terjumpa bom lama di lokasi kejadian.

Susulan itu, Bahrin berkata, sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Unit Pemusnah Bom Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang ke lokasi bagi tujuan pemusnahan bom.

“Pada jam 2.20 petang, Pusat Gerakan Daerah (DCC) IPD Kluang telah menerima panggilan MERS 999 dari anggota Pondok Polis Sri Lambak, melaporkan satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lokasi penemuan bom berkenaan.

“Hasil siasatan awal, mendapati kejadian berkenaan berlaku ketika unit pemusnah bom sedang membuat persiapan pemusnahan bom.

“Akibat daripada runtuhan tanah dinding lubang lokasi pemusnahan bom telah menyebabkan dua anggota Unit Pemusnah Bom IPK Johor itu tertimbus dan mengalami kecederaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini