comscore
Tumpuan :
Nasional

Hari Televisyen Sedunia setiap 21 November

Oleh: Luqman Kamal

Tahukah anda, tanggal 21 November setiap tahun merupakan Hari Televisyen Sedunia. Tujuan Hari Televisyen Sedunia diadakan adalah bagi memperingati tarikh Forum Televisyen Sedunia yang pertama kali diadakan pada tahun 1996.

Bagaimana Hari Televisyen Sedunia tercipta?

Pada 21 dan 22 November 1996, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan Forum Televisyen Dunia yang pertama. Forum ini menyaksikan pertemuan selebriti media dari seluruh dunia di bawah naungan PBB. 

Terdapat banyak perbincangan mengenai impak televisyen terhadap dunia dalam forum ini. Selain itu, mereka turut membincangkan sumbangan dan kepentingan televisyen dalam mengubah masyarakat global.

PBB menganggap televisyen sebagai sumber pendidikan dan hiburan yang positif serta sebagai medium yang mendukung kebebasan untuk berekspresi dan mempromosikan kepelbagaian budaya.

PBB juga sedar bahawa televisyen memainkan peranan penting dalam menyuarakan isu-isu global yang mempengaruhi masyarakat.

Hasil dari perbincangan tersebut, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah mengumumkan 21 November sebagai Hari Televisyen Sedunia untuk memperingati peristiwa tersebut.

Kronologi penyiaran di Malaysia

Foto hiasan

1963

Pada 28 Disember 1963, penyiaran televisyen Malaysia telah diperkenalkan dalam hitam putih. 50 peratus daripada rancangan yang dipaparkan dihasilkan secara langsung dari studio, manakala 50 peratus lagi diperolehi daripada filem-filem sumbangan, termasuk Filem Negara dan sumber-sumber luar.

Foto hiasan

1964

Mulai tahun 1964 beberapa buah stesen pemancar telah dibina  bagi  meningkatkan liputan kawasan siaran supaya membolehkan penonton menerima perkhidmatan.

1978

Pada 28 Disember 1978, siaran televisyen warna telah disiarkan ke seluruh negara. Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia berpeluang menonton televisyen berwarna menerusi rancangan Puspawarna yang disiarkan secara langsung.

Rancangan televisyen pertama yang berwarna, Puspawarna. – Foto: Tangkap layar Facebook RTM.

1984

Dasar penswastaan diperkenal bagi penubuhan stesen tv swasta. Pada 1 Jun 1984, saluran televisyen TV3 telah diperkenalkan. TV3 merupakan saluran televisyen swasta pertama dan tertua di negara ini.

Sri Pentas TV3

1990-an

Piring digital satelit diperkenalkan.

2005

Televisyen Protokol Internet (IPTV) dilancarkan. IPTV ialah kandungan televisyen yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yang digunakan untuk rangkaian komputer.

2012

Pada tahun 2012, perkhidmatan penstriman TV melalui telefon pintar telah dilancarkan.

2015

Peralihan TV digital secara berperingkat.

2019

Pada tahun 2019, kerajaan mengumumkan peralihan siaran TV analog ke siaran TV digital. Rakyat Malaysia boleh menonton siaran-siaran seperti RTM, TV3, 8TV, TV9, CJ WOW Shop dan banyak lagi secara percuma melalui myFREEVIEW.

Kepentingan televisyen kepada masyarakat

1. Menyebarkan maklumat terkini

Televisyen dapat menyebarkan maklumat terkini sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Melalui rancangan berita seperti Buletin Utama dapat mengetahui sesuatu informasi dengan kadar yang pantas.

2. Memberi hiburan kepada masyarakat

Televisyen juga boleh memberi hiburan kepada masyarakat. Rancangan seperti Famili Duo dan Dapur Tempur antara yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Famili Duo 3

3. Menyampaikan pengetahuan kepada orang awam

Selain itu, televisyen juga boleh menyampaikan pengetahuan kepada orang awam. Sebagai contoh, para pelajar boleh menonton siaran DidikTV untuk mengulang kaji.

Foto: NSTP

 

Loading...
Terkini