
KUALA LUMPUR: Seramai 32 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat berkenaan di Balairung Seri, Istana Negara, hari ini.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, turut berangkat ke istiadat berkenaan.
Dr Zaliha dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Noridah Abdul Rahim yang mendahului senarai penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) dengan membawa gelaran Datuk Seri.
Fahmi mengetuai senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.