comscore
Tumpuan :
Nasional

Dr Syed Husin rujukan pelbagai hal mendesak – PM

Oleh Juliana Sharin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia pagi tadi.

Ia disampaikan menerusi hantaran di media sosialnya.

“Sayu saat dikhabarkan bahawa sahabat, pemikir, tokoh pejuang parti dan juga guru saya saudara Syed Husin Ali telah pergi dijemput ilahi hari ini,” katanya.

Beliau juga amat terkesan memandangkan Dr Syed Husin adalah watak yang amat rapat dan senantiasa menjadi rujukannya dalam pelbagai hal yang mendesak.

Beliau turut medoakan agar keluarga Allahyarham kuat dan tabah menerima ujian berat ini.

Jenazah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu selamat dikebumikan 11.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.

Allahyarham 88 tahun meninggal dunia jam 12.20 tengah malam semalam, akibat kanser pankreas di Hospital Selayang, selepas bertarung dengan penyakit itu beberapa bulan.

Dr Syed Husin yang dilahirkan di Johor pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya, Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini