comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dr Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu

PETALING JAYA : Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berkuatkuasa 21 April lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada tarikh berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan,  pelantikan Dr Muhammad Radzi  berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang
perkhidmatan kesihatan negara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) sebelum ini.

Dr Muhammad Radzi juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat
Penyelidikan Klinikal Kedah.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran itu dari 2013 sehingga 2021.

Dr Zaliha turut melahirkan keyakinan dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr Muhammad Radzi mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara tercapai.

Ia juga selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia MADANI dapat terus menikmati perkhidmatan kesihatan komprehensif, berkualiti serta mapan.

Loading...
Terkini