comscore
Tumpuan :
Nasional

Dr Dzulkefly Ahmad, Gobind Singh Deo dan Johari Ghani kembali ke kabinet

PUTRAJAYA : Dr Dzulkefly Ahmad, Gobind Singh Deo dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani kembali menganggotai Kabinet  seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini sebentar tadi.

Dr Dzulkefly akan kembali memegang portfolio lamanya sebelum ini iaitu Menteri Kesihatan.

Pemimpin veteren AMANAH itu pernah menyandang jawatan sama pada 2018.

Gobind pula memegang portfolio sebagai Menteri Digital.

Manakala Johari dilantik selaku Menteri Komoditi dan Perladangan.

Rombakan kabinet  itu menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang.

Jumlah timbalan menteri pula bertambah kepada  29 berbanding  27 orang sebelum ini.

Lima timbalan menteri yang dilantik   adalah Noraini Ahmad, M Kulasegaran, R Ramanan, Wong Kah Woh dan Zulkifli Hassan.

Sementara, timbalan menteri yang digugurkan ialah Ramkarpal Singh dan Datuk Siti Aminah Aching.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini