Tumpuan :
Nasional

‘Dongeng Sang Kancil’ bukti filem animasi tempatan mampu bersaing

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Filem animasi tempatan ‘Dongeng Sang Kancil’ membuktikan bahawa karya seni tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan mengangkat elemen nostalgia dan nilai kebijaksanaan.

Ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman sosial Facebooknya.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Beliau berkesempatan menonton filem berkenaan hari ini bersama pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Cochrane, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (T) Jalan San Peng, SK (P) Jalan Batu serta anak-anak yatim dari SK Semenyih bersama keluarga mereka.

Filem itu mengetengahkan kisah Sang Kancil yang terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan konflik dan menyatukan haiwan lain di dunia rimba.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Syabas di atas filem animasi yang membanggakan negara ini. Saya percaya, produk seni tempatan mampu terus bersaing di peringkat antarabangsa, Insya-Allah,” ujar Datuk Seri Anwar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini