KUCHING: Seorang doktor wanita nyaris maut selepas kereta Toyota Vios dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Serdeng, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenalpasti sebagai Dr Corrine Young, berjaya keluar dari keretanya tanpa sebarang kecederaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu lada jam 10.45 pagi.
“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 31 kilometer dari balai, sejurus menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan kendiri membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita terbabas masuk ke dalam anak sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ketika kejadian, mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari Tanjung Manis menghala ke Sibu.