comscore
Tumpuan :
Nasional

Ditemui mati selepas seminggu hilang

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui kira-kira tiga kilometer dari kawasan Kampung Bambangan Tudon, Penampang. – Foto: Ihsan Bomba

PENAMPANG: Lelaki yang dilaporkan hilang sejak seminggu yang lalu, ditemukan sudah meninggal dunia di kawasan hutan berbukit di Kampung Bambangan Tudon, di sini, semalam.

Mayat Kevin Lokuman, 32, dijumpai penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung berkenaan pada 10.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 24 Ogos lalu.

“Menurut maklumat awal, mangsa dilaporkan keluar rumah tanpa memberitahu ahli keluarga pada 5 pagi, 22 Ogos lalu.

“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dan mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada hari kelima,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Katanya, pasukan bomba tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada 12.50 tengah hari, dan ke lokasi mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

“Pasukan bomba mengambil masa disebabkan oleh laluan yang sukar kerana kawasan hutan berbukit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada 6.14 petang,” katanya.

Loading...
Terkini