Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dinding rumah flat Loke Yew tercabut akibat ribut 

 

 

KUALA LUMPUR: Dinding sebuah unit rumah di perumahan awam Loke Yew, di sini tercabut dalam kejadian hujan lebat dan ribut, semalam.

Berikutan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera dengan menutup dan memagar kawasan sisa dinding runtuhan menggunakan ‘zebra’ atau ‘hazard tape’ bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan, dinding sementara sudah dipasang di unit  berkenaan sebelum kerja-kerja baik pulih dinding kekal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, insiden bumbung blok tercabut juga berlaku di empat rumah di blok 3, perumahan awam Seri Johor.

“Pihak DBKL sudah mengambil tindakan segera dengan memagar kawasan sisa runtuhan menggunakan `hazard tape’ untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di tapak sisa runtuhan bumbung terbabit,” katanya.

Kerja-kerja pemasangan kanvas sementara sudah dilakukan di bumbung unit rumah sebelum kerja baik pulih bumbung kekal dilaksanakan.

Bekalan elektrik di unit terjejas juga sudah diputuskan bagi tujuan keselamatan.

Penghuninya pula sudah berpindah ke rumah saudara di kawasan berhampiran.

“Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini,” katanya.

Video dinding rumah flat berkenaan yang tercabut tular di media sosial sejak malam tadi hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Loading...
Terkini