Tumpuan :
Nasional

Dihanyutkan banjir, empat remaja diselamatkan JBPM Machang

Foto Ihsan JBPM Kelantan

MACHANG: Empat remaja berusia 16 tahun dihanyutkan banjir dan tersangkut pada pokok dalam kejadian dekat Kampung Mengketil di sini semalam.

Mereka bagaimanapun diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Komander Operasi JBPM Mokhtar Che Mah berkata laporan mengenai kejadian itu diterima Pusat Gerakan Operasi pada 4.18 petang tadi dan lapan anggota daripada BBP Machang diketuai beliau bergegas ke lokasi.

Foto Ihsan JBPM Kelantan

“Setiba di lokasi didapati terdapat empat remaja lelaki telah dihanyutkan dan tersangkut pada pokok dalam jarak 150 meter.

“Anggota operasi kemudiannya menggunakan tali dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang tersangkut itu dan (mereka) berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi selesai pada 5.51 petang tadi. — BERNAMA

Loading...
Terkini