KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 32 tahun, menafikan lapan cincin diberikan oleh suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 42, sudah diterima.
Diana menafikan kenyataan dibuat oleh Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menerusi laman sosial, Instagram.
Katanya, dia memberikan kenyataan berikutan tidak selesa dengan dakwaan dikeluarkan oleh Farid.
“Saya tidak selesa mengenai perkara ini dan memilih tidak memberikan sebarang reaksi.”Saya pernah menolak cincin tersebut melalui peguam, tetapi dia menggunakan anak lelaki saya untuk menyerahkan kepada saya,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon filem Imaginur itu menasihatkan Farid tidak lagi mengulang tindakan sama.
“Jadi, sekarang orang sudah tahu mengenai perkara itu, jadi tolong jangan serahkan sebarang hadiah menerusi anak-anak lagi,” katanya.
Terdahulu, pelakon Farid meluahkan rasa positif rumah tangganya masih dapat diselamatkan memandangkan Diana dimaklumkan sudah pun menerima lapan bentuk barang kemas yang dihadiahkan.