comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dhia Batrisyia pulanglah. Emak cari awak

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang masih tidak pulang sejak dilaporkan hilang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata lima individu terbabit terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga kanak-kanak itu.

“Kami sudah rakam keterangan lima individu iaitu ahli keluarga dan rakan namun setakat ini belum ada perkembangan,” katanya ketika ditanya berhubung kes itu hari ini.

Dhia Batrisyia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak Selasa lalu.

Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu adalah di kediaman mereka di Pudu, di sini kira-kira jam 4 petang pada 1 Ramadan.

Katanya, sebagai seorang ibu, nalurinya kuat mengatakan Dhia Batrisyia masih berada di sekitar ibu negara.

Dia juga mengakui ada menegur Dhia Batrisyia pada hari kejadian namun masih berharap agar anaknya itu pulang segera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini