PUTRAJAYA: Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Wanita Masjid Putra di sini, akan ditutup mulai 30 Mei ini hingga 16 April 2022 bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf kubah utama oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, solat fardu berjemaah atau solat Jumaat masih diteruskan di Sahn Kanan Dewan Solat Utama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.
SOP tersebut menetapkan hanya 50 jemaah dibenarkan termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau bagi menunaikan solat fardu dan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 7 Jun ini.
“Jakim memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi semua pihak berhubung penutupan tersebut. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak pentadbiran Masjid Putra di talian 03-8888 5678,” demikian menurut kenyataan itu.- BERNAMA
![](https://media.buletintv3.my/2021/05/Kenyataan-Media-JAKIM-Bil.-17-2021_18-Mei-2021-Penutupan-Masjid-Putra-1-819x1024.jpg)
![](https://media.buletintv3.my/2021/05/Kenyataan-Media-JAKIM-Bil.-17-2021_18-Mei-2021-Penutupan-Masjid-Putra-1-2-819x1024.jpg)