Tumpuan :
Nasional

Dewan Rakyat rakam ucapan takziah mangsa banjir

Tinjauan hari ini mendapati laluan utama yang menghubungkan Pengkalan Kubor-Kota Bharu di Tumpat dinaiki air sedalam 0.5 meter yang menyebabkan laluan terpaksa ditutup. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata bencana yang melanda mengakibatkan ada mangsa yang terkorban.

“Takziah kepada mangsa banjir yang melanda Pantai Timur. Saya difahamkan ada (mangsa) terkorban dan banjir melanda dengan ganas.

“Jadi kita mendoakan keadaan ini akan reda dan saya minta semua mereka yang mempunyai kedudukan untuk membantu mangsa banjir,” katanya sebaik memulakan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Loading...
Terkini