Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh

 

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh, di Batang Kali, Selangor, Jumaat lalu.

Johari Abdul dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah Speaker Dewan Rakyat baharu menzahirkan kesedihan dengan insiden yang mengorbankan banyak nyawa itu.

“Saya berharap agar keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dengan dugaan ini. Saya bagi pihak Ahli-Ahli Dewan (Dewan Rakyat) dan pihak Parlimen sesungguhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat terutamanya pasukan keselamatan, agensi penyelamat dan pasukan perubatan.

Johari kemudian meminta semua Ahli Parlimen berdiri dengan yang beragama Islam menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah, manakala bukan beragama Islam bertafakur selama seminit.

Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 selamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya itu.

Loading...
Terkini