comscore
Tumpuan :
Nasional

Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan

Oleh: Syafiqah Damanhuri & Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dengan undian majoriti 2/3 ahli parlimen.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul seramai 206 Ahli Parlimen menyokong pindaan RUU berkenaan.

“Yang bersetuju ialah 206, yang tidak bersetuju 1, yang tidak hadir mengundi 14, jumlah yang (boleh) mengundi 221, kerana seorang tidak dapat mengundi kerana dalam tempoh pergantungan.

“Oleh yang demikian rang undang-undang ini melepasi 2/3 dan dibacakan kali yang kedua sekarang.” Ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi mengundi bagi RUU berkenaan yang dilakukan selepas sesi penggulungan perbahasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.

Seramai 70 Ahli Parlimen terlibat dalam perbahasan yang berlangsung sejak persidangan Mac lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini