comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

Dewan Rakyat: Kemelut ‘Parallel Pathway’ akan diselesaikan menerusi RUU Pindaan Akta 50 

Oleh: Syafiqah Damanhuri & Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan paralel atau ‘parallel pathway’ dan program Sarjana Perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata naskhah biru itu akan dibentangkan akhir minggu ketiga dan dibahaskan di akhir minggu keempat pada persidangan Dewan Rakyat, Julai ini.

Jelas Datuk Seri Dzulkefly, segala ketidakaturan berkaitan program laluan paralel atau ‘parallel pathway’ dan program Sarjana Perubatan akan dapat diurus menerusi pembentangan RUU tersebut.

“Ke depan nanti, keteraturan Sarjana Perubatan bersekali dengan keteraturan parallel pathway pathway program akan dapat kita tentukan dan luluskan”

“Dengan itu, kualiti dan juga kuantiti latihan kardiotorasik, bahkan 120 program sarjana dan 14 program parallel pathway semuanya akan dapat kita regularise the irregularity meletakkan keteraturan itu kepada yang tidak teratur sebelum daripada ini” katanya pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata demikian menjawab soalan Datuk Ahmad Yunus Hairi, Ahli Parlimen Kuala Langat berhubung perbezaan program latihan kepakaran daripada universiti tempatan dan program latihan kepakaran luar negara (parallel pathway) secara umum dan khusus bagi bidang kardiotorasik dan berapa anggaran kos yang dibelanjakan untuk latihan kepakaran tajaan kerajaan.

Untuk rekod, permasalahan ini timbul selepas Majlis Perubatan Malaysia (M-M-C) menolak permohonan empat pakar bedah kardiotoraksik untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery (FRCS Ed) yang diperoleh mereka tidak diiktiraf susulan penguatkuasaan pindaan Akta Perubatan mulai 2017.

Antara penyelesaian yang dicadangkan sesetengah pihak adalah empat pakar itu diterima untuk melalui latihan khusus di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai universiti pertama menawarkan program kepakaran perubatan dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang pembedahan kardiotorasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini