Tumpuan :
Nasional

Dera Bayi: Reman guru taska disambung hingga Jumaat

KUALA LUMPUR: Tempoh reman seorang guru taska yang ditahan polis Sabtu lalu selepas disyaki mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan di sebuah taska di Puncak Alam, Selangor dekat sini, disambung sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata siasatan lanjut masih dijalankan ke atas wanita berusia 24 tahun itu sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan suspek akan terus dituduh di mahkamah selepas tempoh reman ke atasnya tamat dan mendapat arahan daripada TPR untuk suspek dituduh,” katanya kepada BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya setakat ini pihak polis selesai merakam percakapan lima individu bagi membantu siasatan berkait kes ini.

Terdahulu, seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki mengasari dan mendera bayi lelaki berusia 11 bulan di sebuah taska di Puncak Alam.

Suspek ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada Sabtu, kira-kira jam 6.50 petang, Sabtu lalu.

Tangkapan susulan aduan diterima daripada bapa bayi berkenaan berhubung kesan lebam pada pipi dan telinga sebelah kanan anaknya selepas mengambil bayinya daripada sebuah taska pada 6.15 petang, 13 Disember lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini