Tumpuan :
Nasional

Dera anak, bapa dan ibu tiri ditahan

Pasangan suami isteri yang ditahan selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman. FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Polis menahan pasangan suami isteri selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, bapa dan ibu tiri mangsa itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, penahanan pasangan masing-masing berusia 32 dan 27 tahun itu dilakukan susulan laporan polis dibuat ibu kandung mangsa pada Khamis lalu.

“Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya ketika mengambil kanak-kanak terbabit dari rumah neneknya di Manir.

“Mangsa memaklumkan dipukul semasa tinggal bersama ayah kandungnya dan ibu tirinya.

“Kanak-kanak itu juga mendakwa kejadian itu kerap berlaku.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1 ) Akta Kanak-Kanak kanak 2001,” katanya ketika dihubungi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini