KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan khas terhadap premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah yang dikendalikan warga asing di sekitar Pasar Borong dan Pusat Bandar Utara di sini, hari ini.
DBKL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sebanyak lima tindakan pindah halangan dilaksanakan terhadap premis perniagaan yang membuat halangan di tempat awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“Selain itu, sebanyak empat kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya.
Katanya, semua barangan yang dikenakan tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, di sini, untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya.
Justeru katanya, untuk sebarang aduan atau menyalurkan sebarang maklumat, orang ramai boleh boleh berhubung di https://adukl.dbkl.gov.my/.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.