![](https://media.buletintv3.my/2025/02/TEMPLATE-CMS-2-1024x538.jpg)
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan perniagaan di tempat awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi, di sini, malam tadi.
DBKL berkata, pihaknya melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bukit Bintang melaksanakan tindakan khas terhadap peniaga yang meletakkan barangan perniagaan di tempat awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.
Menurutnya, sebanyak lapan kes tindakan sita dibuat dan enam notis kompaun dikeluarkan atas kesalahan meletakkan barangan perniagaan di tempat awam.
“Tindakan dilaksanakan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“Antara barangan yang disita adalah meja/kerusi plastik, gerai besi, kanopi dan lain-lain peralatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Katanya, kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.