comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL sita 4 gerai penjaja warga asing

Empat gerai penjaja dipercayai milik warga asing di Jalan Kepong Lama berhampiran Pasar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, disita oleh DBKL, semalam. – FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Empat gerai penjaja dipercayai milik warga asing di Jalan Kepong Lama berhampiran Pasar Jalan Ipoh, di sini, disita dalam satu operasi dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Operasi dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersama Pejabat DBKL Cawangan Batu.

“Tindakan khas dijalankan terhadap penjaja warga asing di sekitar Jalan Kepong Lama berhampiran Pasar Jalan Ipoh dan hasil daripada tindakan khas itu, sebanyak empat gerai penjaja warga asing dikenakan tindakan sita serta-merta.

“Sitaan dijalankan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

FOTO: DBKL / Facebook

Katanya, semua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras di sini, untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini