Tumpuan :
Nasional

DBKL sita 384 skuter elektrik

Kesemua skuter elektrik dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk proses rekod dan dokumentasi. – Foto: Ihsan DBKL.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 384 skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam sekitar ibu kota, menerusi sebuah operasi khas, Rabu lalu.

Menurut satu kenyataan, sitaan dibuat di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang melarang sebarang halangan terhadap tindakan kemudahan awam.

Ia susulan aduan daripada orang ramai yang terganggu dengan penggunaan ruang awam yang tidak terkawal.

Kesemua skuter dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk proses dokumentasi dan rekod.

DBKL menegaskan pemantauan dan tindakan seperti itu akan diteruskan untuk kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong.

Tindakan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong.
Orang ramai juga boleh mengemukakan sebarang aduan melalui pautan rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini