comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL serbu ‘Mini Dhaka’

DBKL mengambil tindakan terhadap penjaja warga asing di sekitar kawasan Jalan Silang, Petaling, Kuala Lumpur. FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing di sekitar kawasan Jalan Silang atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Mini Dhaka.’

Menerusi hantaran di Facebooknya, DBKL berkata, tiga serbuan dilaksanakan di sekitar kawasan itu pada waktu berbeza.

“Hasil daripada serbuan itu, 22 tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan. Tindakan diambil di bawah UUK (Undang-Undang Kecil) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Harian Metro pada Oktober lalu melaporkan peniaga warga asing di ‘Mini Dhaka’ seolah-olah tidak serik apabila masih lagi berniaga walaupun seringkali diserbu oleh pihak berkuasa.

Tinjauan mendapati, peniaga warga asing yang berniaga sireh, manisan dan rokok seludup hanya akan mula berniaga bermula tengah hari.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Katanya, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera https://adukl.dbkl.gov.my/.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini