comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL lancar bas sekolah percuma bagi penduduk perumahan awam dan PPR

DBKL lancar bas sekolah percuma bagi penduduk perumahan awam dan PPR

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan program bas sekolah percuma (MySchoolBus) bagi sesi persekolahan bermula tahun ini hingga tahun hadapan.

DBKL dalam kenyataannya berkata, pendaftaran penyertaan pelajar bagi program bas sekolah percuma terbabit dibuka mulai 9 Januari hingga 10 Februari, tahun ini.

“Program ini dilancarkan khas bagi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Sesi 2023/2024 yang menetap di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Selain itu, program ini juga dikhaskan kepada pelajar yang menetap di Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL,” katanya dalam hantaran Facebook, kelmarin.

Seterusnya, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL mengingatkan pemohon menghantar borang permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima oleh pihak urusetia.

“Semua maklumat mengenai program seperti terma dan syarat serta senarai kawasan yang terbabit, boleh dirujuk menerusi borang pendaftaran permohonan yang disediakan.

“Borang permohonan boleh didapati menerusi pautan https://tinyurl.com/2s4zneb2 atau QR Code dalam notis makluman di Facebook DBKL.

“Borang yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan yang lain, boleh dihantar ke Pejabat Kecil Perumahan DBKL berhampiran atau Pejabat Pengurusan Perumahan Zon DBKL (rujuk senarai menerusi pautan borang permohonan),” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen daripada pemilik akaun Facebook, Amy Yana mendakwa PPR Sentul Murni tiada dalam senarai program terbabit.

Namun begitu, kebanyakan pengguna meninggalkan komen yang positif mengenai program itu dengan mengucapkan rasa syukur ‘Alhamdulillah’.

Loading...
Terkini