Tumpuan :
Nasional

DBKL ambil tindakan segera khemah diterbangkan angin di bazar Ramadan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – Foto fail

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera susulan kejadian khemah petugas diterbangkan angin dan menghempap khemah peniaga di Bazar Ramadan Bazaria Taman Setapak Indah, di sini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran di media sosial berhubung kejadian berkenaan, petang tadi.

Katanya, susulan itu, tindakan segera dengan mengalihkan khemah yang rosak sudah dilakukan, selain turut berbincang dengan peniaga bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Peniaga yang terbabit turut menyuarakan keperluan untuk mendapatkan khemah baharu dan mencadangkan supaya khemah dirapatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Sebagai langkah susulan, penukaran khemah petugas akan dilakukan pada malam ini bagi memastikan kelancaran operasi bazar,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Menurutnya, DBKL sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan peniaga serta pengunjung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini