comscore
Tumpuan :
Nasional

Mendapan tanah: DBKL akan terus bantu operasi mencari mangsa – Datuk Bandar

Datuk Bandar, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus membantu pasukan mencari dan menyelamat dalam menjalankan operasi mencari mangsa wanita warganegara India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus berhampiran Masjid India pagi tadi.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, ia termasuk penggunaan jentera serta petugas DBKL bagi mengesan mangsa sehingga dijumpai.

“DBKL telah membuat pengesanan sepanjang paip kumbahan bagi mengenal pasti mangsa. Sehingga kini mangsa masih belum dikesan DBKL menempatkan jentera yang boleh membantu dan anggota penyelamat membantu pencarian.

“DBKL akan bekerja keras untuk mendapatkan mencari wanita yang telah jatuh ini, kami harap semua bersabar.

“Kita bertungkus lumus dairpada awal kita menerima berita ini, segera ke tapak dan terus buat korekan,” jelasnya ketika ditemui media di sini sebentar tadi.

Jelasnya, sejak operasi dijalankan DBKL pagi tadi, beberapa agensi telah memberi bantuan dalam memudahkan operasi dijalankan.

“DBKL telah membuat semakan jajaran utiliti kawasan terlibat ada laluan paip kumbahan sedalam 1.5 meter di lokasi terbabit, pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah berada di tapak membantu pihak bomba dan polis,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai ahli keluarga mangsa, tambahnya DBKL akan menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada mereka.

“Saya ucapkan simpati pada mangsa dan keluarga mangsa. Kami sedia memnbantu mereka,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini