Tumpuan :
Nasional

Datum Jelatek mercu tanda ikonik terbaharu Lembah Klang 

Perasmian Pusat Beli Belah Datum Jelatek disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli berangkat merasmikan pusat beli belah Datum Jelatek ibu negera.

Ketua Pegawai Eksekutif Datumcorp International Sdn Bhd Mohd Azmil Abd Shukor dalam ucapannya berkata projek Datum Jelatek yang bermula 2014 itu berjaya disiapkan sepenuhnya 2021 biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19.

Projek sulung anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu merupakan pembangunan berkonsepkan transit yang disambungkan terus dengan Stesen LRT Jelatek.

Selain pusat membeli belah, Datum Jelatek turut melibatkan 4 blok kediaman merangkumi 712 unit yang dihubungkan dengan jejantas udara.

Beliau percaya mercu tanda ikonik terbaharu Lembah Klang itu mampu merancakkan kitaran ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Loading...
Terkini