Tumpuan :
Nasional

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengundi di SMK Bandar Kerayong, Bera

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong, Bera

Oleh Fazli Ahmad

BERA: Calon Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, Bera kira-kira jam 10:25 pagi hari ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong kira-kira jam 9 pagi.

Datuk Seri Ismail Sabri kemudian meninjau sekitar pusat mengundi dan kemudian beratur bersama pengundi lain sebelum memasuki bilik mengundi.

Parlimen Bera mempunyai 77,669 pengundi dan jumlah itu termasuk 18 ribu pengundi baharu, 3,800 pengundi awal dan 3,004 pengundi pos.

Bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 36 pusat mengundi, 264 peti undi dan 132 saluran untuk proses pengundian esok.

1,246 petugas terbabit dalam mengurus atau mengendalikan proses pengundian di parlimen Bera.

Datuk Seri Ismail yang juga penyandang kerusi parlimen Bera sejak 2004 dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan calon Perikatan Nasional (PN) Asmawi Harun.

Pada PRU-14 pada 2018, Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 2,311 undi menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid meraih 18,499 undi dan calon PAS Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi.

Parlimen Bera mempunyai tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Keputusan rasmi bagi kerusi parlimen Bera dijangka diketahui kira-kira jam 10 malam.

Loading...
Terkini