comscore
Tumpuan :
Nasional

Datuk RM38 juta sudah dibebaskan

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan bergelar Datuk yang ditahan susulan kes pengubahan wang haram pada Isnin lalu, dibebaskan hari ini selepas permohonan lanjutan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditolak mahkamah.

Sumber SPRM berkata suspek berusia 42 tahun itu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman sehari yang diberikan Mahkamah Shah Alam sebelum ini berakhir.

Artikel berkaitan: Datuk, sekutu ditahan, wang tunai RM38 juta, emas 200kg RM60 juta dirampas

“SPRM memohon lanjutan reman di Mahkamah Shah Alam pagi ini, namun ia tidak dibenarkan.”

Menurut sumber itu lagi, ahli perniagaan itu diwakili lebih setengah dozen peguam yang memastikan suspek mendapatkan pembebasan, tanpa sebarang lanjutan.

“Seorang lagi suspek yang turut ditahan berhubung kes sama pada malam Selasa, turut dinafikan reman pagi ini,” katanya.

Bagaimanapun tiada maklumat diberikan mengenai dua lagi suspek yang ditahan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan ahli perniagaan itu bersama sekutunya ditahan dengan sejumlah wang tunai kira-kira RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah antaranya daripada jenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz dirampas.

Suspek adalah individu pertama ditahan dalam Ops 82S oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) diketuai SPRM.

Loading...
Terkini