Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] Datuk Mutang Yang Dipertua Dewan Negara baharu

Senator Datuk Mutang Tagal ketika mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan bagi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bulan lalu.

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Senator Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan bagi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bulan lalu.

Mutang merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 mempunyai latar belakang sebagai seorang pengamal undang-undang yang kini aktif dalam perniagaan.

Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan nama Datuk Mutang yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik.

Mutang dalam ucapannya berkata akan memperkasa dan memartabatkan kedudukan Dewan Negara dan Parlimen sebagai badan legislatif di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini