Tumpuan :
Nasional

Datuk Mazli dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu

 

KUALA TERENGGANU:Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Rohaimi Md. Isa yang bertukar ke Bukit Aman menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu di Kuala Terengganu.

 

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, pegawai kanan polis, ketua-ketua polis daerah serta ketua-ketua jabatan.

Mazli dalam sidang akhbar pertamanya berikrar untuk meneruskan tugas serta perancangan polis Terengganu sebagai agensi penguatkuasaan terbaik bagi menjaga keamanan masyarakat.

Beliau juga akan menilai semula keberkesanan Ops Selamat di negeri itu memandangkan kadar kemalangan maut yang ketara ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Loading...
Terkini