Tumpuan :
Nasional

Datuk Dr. Amin dilantik Pengerusi MPPK

Foto: Datuk Dr. Amin Senin.

Oleh: Shuhadah Marzuki

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025.

Pelantikan Datuk Dr. Amin bersama lapan lagi tokoh dan individu yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan itu dipersetujui oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurut Fadhlina, mereka yang dilantik dalam MPPK itu adalah individu dan tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan.

Tambah Fadhlina, KPM turut melantik Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin sebagai Timbalan Pengerusi MPPK.

Anggota lain yang dilantik menganggotai MPPK ialah Prof Dr. Omar Yaakob, Datuk Dr. Mehandar Singh Nahar Singh, Prof Datuk Dr. Inayah Ya’akub, Mohd Abdul Aziz Mahmud, Aminuddin Awam, Rusilawati Mohd Salleh dan Chee Poh Kiem.

MPPK merupakan platform untuk menteri dan KPM dalam mendapatkan pandangan professional berhubung isu pendidikan negara.

Loading...
Terkini