comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Datuk dan cucu saudara maut selepas kereta hilang kawalan

Kereta Volkswagen selepas terbabit kemalangan yang mengorbankan dua lelaki dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kampung Mengabang Panjang. FOTO: Ihsan PDRM

KUALA NERUS: Lelaki bersama cucu saudaranya maut selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kampung Mengabang Panjang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 2.20 pagi itu, pemandu kereta jenis Volkswagen, Samsul Bahri Awang Noh, 50, dan penumpang yang juga cucu saudaranya, Nik Muhammad Syahidan Rosli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Batu Rakit menghala ke rumah di Jerteh, Besut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Pemandu dan penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini