Oleh: Kumaran Rajamoney
SUNGAI PETANI: Seorang warga emas dan cucu lelaki berusia 2 tahun ditemui maut dipercayai lemas dalam sebuah kolam terbiar di Taman Kempas, di sini, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan mayat kedua-dua mangsa disedari pelanggan sebuah restoran berhampiran kolam itu.
Polis katanya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 7.20 malam.
“Anggota Balai Polis Tikam Batu tiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa dijumpai terapung di dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa dikeluar oleh bantuan orang awam.
“Tembual bersama waris si mati, memaklumkan kanak-kanak itu akan dibawa berjalan- jalan setiap petang oleh datuknya selepas diambil dari ibunya yang bekerja di kedai makanan di Taman Kempas,” katanya.
Hasil pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian katanya tidak menemui unsur jenayah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.