comscore
Tumpuan :
Nasional

Datuk Bandar wanita pertama Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail meninggal dunia

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Patahiyah Ismail meninggal dunia pada satu Ramadan, siang tadi.

Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gelugor selepas solat Asar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang memaklumkan berita itu dalam hantaran media sosialnya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mantan Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Dato’ Patahiyah Ismail yang telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

“Saya berharap agar seluruh ahli keluarga, kenalan dan rakan Allahyarhamah bersabar serta tabah dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

“Bakti dan jasa Allahyarhamah kepada negeri Pulau Pinang adalah amat dihargai dan tiada silih gantinya,” katanya.

Difahamkan, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya selepas pulang menerima rawatan buat diabetes dan darah tinggi di klinik siang tadi.

Allahyarhamah merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Datuk Bandar MBPP pada bulan Mac 2015.

Terdahulu, beliau juga menempah nama sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 2010.

Beliau menyertai MPPP sebagai arkitek di Jabatan Bangunan pada tahun 1985 dan maju ke jawatan setiausaha MPPP sebelum dilantik sebagai YDP menggantikan Tan Cheng Hui yang bersara awal.

Loading...
Terkini