comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Datu Kipli penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1446H

Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin diumumkan penerima Anugerah Perdana bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024. – Foto: NSTP

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid & Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin diumumkan penerima Anugerah Perdana bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Turut diumumkan enam penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Penerima anugerah terdiri daripada Datin Aminah Zakaria, Datuk Ab Jamal Tun Dr Sakara, Datin Paduka Prof. Dr Khatijah Mohamad Yusoff, Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain dan Michael Tong Wai Siong.

Foto: ihsan RTM

Seorang lagi penerima ialah orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Sariah Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (DAWN).

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bertemakan ‘Al Falah Pemacu Malaysia Madani’, penerima Anugerah Perdana menerima hadiah berupa wang tunai sumbangan kerajaan, medal dan sijil penghargaan.

Anugerah diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang layak atas sumbangan yang cukup bermakna dalam pembangunan ummah dan negara.

Penerima Anugerah Perdana menerima wang tunai berjumlah RM 50,000, trofi, medal dan sijil penghargaan, manakala Anugerah Maulidur Rasul membawa pulang wang tunai, RM 30,000, medal dan sijil penghargaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini