Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2024: Dasar gaji progresif, beberapa perkara perlu diteliti sebelum pelaksanaan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar 

BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen, Jumaat ini.

Dasar Gaji Progresif atau PWM yang diharap dapat membantu memulihkan pasaran pekerja, dijangka akan dimasukkan dalam belanjawan tahun depan.

Sebelum dasar ini dilaksanakan, beberapa isu khususnya membabitkan golongan berpendapatan rendah perlu diteliti.

Antaranya kebanjiran pekerja warga asing serta model yang sesuai dengan stuktur ekonomi dan pasaran buruh Malaysia.

Statistik menunjukkan, lebih dua juta pekerja berpendapatan kurang RM2000 sebulan pada suku pertama tahun ini.

Ini bermaksud lebih dua juta rakyat Malaysia berada dalam kategori golongan B40.

Bagi kebanyakan pekerja, gaji mereka hanya akan meningkat kepada RM3,500 pada paras tertinggi sekitar usia 40 hingga 49 tahun.

Ahli Ekonomi Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali

Menurut Ahli Ekonomi, Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali, PWM harus ditumpukan kepada pekerja berpendapatan rendah, terutama pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.

“We are looking at the lowered end tau, not the middle end upper, so kumpulan ini sebenarnya yang menjadi sasaran. Problemnya, pekerja-pekerja ini rata-ratanya adalah pekerja bukan mahir dan hari ini kalau kita kumpulkan mereka, sebahagian besar adalah pekerja asing. Who are we helping? Di Singapura, dia jelas only for Singaporean atapun dia ada certain kriteria dia pakai kalau orang asing tapi dia ada certain residensi requirement,” katanya ketika ditemui Buletin TV3.

Sehingga Mac lalu, terdapat 2.6 juta warga asing yang bekerja di negara ini dan jumlah itu tidak melibatkan mereka yang masuk secara haram.

Justeru, isu ini perlu diperhalusi dengan mekanisme sewajarnya sebelum PWM dilaksanakan.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berharap, kerajaan akan berbincang dengan semua pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaan PWM berjalan lancar.

“Pada masa ini, kita merasakan bahawa perbincangan itu dengan stakeholders masih lagi di peringkat tak mendalam lagi jadi kita tak begitu pasti samada kerajaan akan melibatkan semua mereka yang bekerja di sektor swasta ataupun kerajaan akan memastikan bahawa model progresif gaji ini akan dihadkan kepada mereka-mereka yang mendapat gaji sebagai rendah pada masa ini,” ujarnya.

Loading...
Terkini