Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] DAP kecam serangan di kediaman Ngeh Koo Ham

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Parti Tindakan Demokratik DAP mengecam serangan ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham awal pagi ini.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata dia dimaklumkan oleh Ngeh mengenai kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

FOTO: NSTP

“DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas ini yang mengancam keselamatan nyawa keluarga beliau dan menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi laman facebook DAP hari ini

Tambahnya DAP bersolidariti dengan Ngeh dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

Media hari ini melaporkan tiga buah kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham musnah dalam kebakaran di kediamannya di Lorong Semarak Jaya, Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataanya berkata, kenderaan yang terbabit ialah Mercedes, Honda CRV dan Toyota Hilux.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini