comscore
Tumpuan :
Nasional

Dana Khas RM200,00 Kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia

FOTO: NSTP

BERA: Dana khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia dan RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Pahang, sebagai menghargai jasa pesara pasukan keselamatan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu juga bertujuan memastikan kebajikan pesara polis yang membantu menjaga keselamatan negara sepanjang perkhidmatan mereka, terus terjaga dan dibela.

“Apabila cakap soal pesara, mereka (pesara) selalu nak dengar pengumuman kerajaan khusus untuk pesara, tetapi kerajaan sebenarnya telah umum pelbagai pinjaman perniagaan, (misalnya) TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) yang diperuntukkan sejumlah besar, meliputi semua termasuk pesara.

“Jadi sebenarnya banyak program diumumkan kerajaan di bawah latihan Perkeso, HRD Corp yang tak sebut secara terperinci kepada pesara, namun jelas bahawa pesara memang tidak dipinggirkan,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang kali ke-42 di sini hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan pengecualian cukai kepada individu dan badan korporat yang memberi dana kepada persatuan atau badan yang tidak membuat keuntungan seperti Persatuan Bekas Polis Malaysia. – BERNAMA

Loading...
Terkini