Tumpuan :
Nasional

Dakwaan rasuah, salah guna kuasa: JIM dan JPN disiasat

Oleh Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Dua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang disiasat pihak berkuasa susulan wujudnya dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi dimaksudkan ialah Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya nak beri satu maklumat, semalam saya terima mungkin maklumat yang mungkin masih disiasat jabatan lain, Jabatan Pendaftaran. Kan kita kena permudahkan bagi orang yang layak dapatkan status sama ada kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini pagi tadi.

Menurut Anwar, walaupun jumlahnya mungkin kecil namun tindakan tegas perlu dilaksanakan segera kerana ia boleh merosakkan imej jabatan, penjawat awam dan pentadbiran secara keseluruhannya.

Kelemahan sebegitu ujar beliau seharusnya diperbaiki segera bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

“Dalam hidup manusia ini mereka hanya menuntut supaya ada perubahan dalam kebaikan”.

Dalam ucapannya itu, Anwar juga mengakui wujudnya sekelompok kecil pegawai imigresen yang berasa selesa dengan cara lama, dipercayai merujuk kepada unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya percaya hal itu dalam bidang kuasa SPRM yang harus bertindak kita sebut kerana nila setitik rosak sebelanga”.

Loading...
Terkini