![](https://media.buletintv3.my/2025/02/e6aNL6UR-BTV3-NEW-4.jpg)
GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang menyiasat laporan dakwaan penemuan 10 bangkai kucing dalam plastik di tempat pembuangan sampah di Jelutong, di sini.
Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah ke lokasi kejadian bagi siasatan awal.
Semalam, media melaporkan mengenai gambar dan video tular memaparkan penemuan bangkai kucing dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di hadapan rumah perlindungan haiwan, di Jelutong dan disyaki dibunuh.
Turut tular ialah laporan polis pengadu selepas mendakwa melihat pasangan suami isteri menaiki sebuah Perodua Myvi membawa kucing liar dipercayai bagi dilupuskan di situ.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun dan kes diklasifikasi sebagai rujuk lain agensi (RLA) kepada JPV Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.
Terdahulu polis mengesan video berkenaan pada jam 5.20 petang, Khamis lalu menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/1YZrWjvpru/?mibextid=wwXIfr
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.