Tumpuan :
Nasional

Dakwaan mengenai tuntutan Blok Ambalat adalah fitnah – Anwar

FOTO: NSTP

NILAI: Tiada sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan bahawa perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani beliau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu adalah fitnah dan tidak benar.

“Ada yang belum selesai (dimeterai) termasuk kawasan disebut Ambalat itu, tapi mereka ‘bingai’. Ambalat itu belum selesai (belum diputuskan). Kawasan di Sabah, Pulau Sebatik pun belum selesai.

“Saya katakan dengan Jokowi, kita tandatangan (perjanjian maritim) yang sudah selesai sahaja,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai di sini hari ini.

Sebelum ini Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mendesak Perdana Menteri dan Menteri Luar memberi penjelasan terperinci berhubung isu blok Ambalat selepas menandatangani perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia pada 8 Jun lalu.

Saifuddin mendakwa rakyat berhak mendapat penjelasan terperinci mengenai isu Ambalat supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

Loading...
Terkini